Isnin, 3 Oktober 2011
Tips sains
Pasal tips dan teknik menjawab soalan kertas 2 Sains PMR 2011 ni rasanya semua calon PMR 2011 dah alert dan dah ditunjuk ajar oleh guru-guru sendiri kan? Takper, Cikgu Dahlia kongsi je mana2 yang patut kan…mana tahu boleh refresh kembali segala ilmu yang diterima sebelum ni kan..
Peringatan !!! Semasa memberi jawapan untuk Soalan Sains Kertas 2 PMR 2011,
Berikan jawapan yang ringkas, tepat dan padat.
Jangan buat jawapan double yang boleh menyebabkan awak salah.
Beri jawapan berdasarkan markah yang diperuntukkan pada soalan tu. Kalau 1 markah, 1 jawapan tepat sahaja!
Boleh tulis jawapan sama ada dalam BM atau BI, tetapi jangan tulis bahasa rojak, bahasa SMS! Tulisan pun pastikan jelas dan terang untuk dibaca pemeriksa.
Pokok pangkal paling utama, calon PMR 2011 dan semua pelajar Tingkatan 3,2 dan 1 perlu alert dengan format soalan Sains Kertas 2 Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah PMR ni.
Bahagian A
Soalan 1-6 >> Soalan yang menguji pengetahuan Sains, pemahaman anda dalam Sains sehinggalah ke aplikasi Sains dalam kehidupan. Hanya tuliskan jawapan ringkas dan tepat.
Bahagian B
Soalan 7, 8 >> Soalan yang menguji Kemahiran Proses Sains, so soalan 7 dan 8 adalah lebih banyak berdasarkan pemerhatian anda pada rajah, kemahiran menjalankan eksperimen, dan lebih kepada teknik menjawab berdasarkan soalan yang diberi.
Kebiasannya, jawapan untuk Bahagaian B ni ada pada soalan tu sendiri. Calon PMR 2011 yang mengambil Kertas 2 Sains ni perlu mencari jawapan dalam soalan tu sendiri dan menulis jawapan dengan tepat, antaranya seperti di bawah:
Cari keyword yang Cikgu Dahlia “bold”kan ni dalam soalan…dan tuliskan jawpaan mengikut cara yang dinyatakan
Difference >> Tulis perbezaan berdasarkan kedua-dua gambar yang anda dapat lihat pada soalan tersebut. Gunakan ayat perbandingan ataupun nyatakan perbezaan bagi kedua-dua gambar. Contoh 1 : Mentol A menyala lebih terang dari B
Contoh 2 : Mentol A menyala dengan terang, mentol B menyala dengan malap
Inference >> _______ sebab _______ (apa yang berlaku sebab apa). Mulai tahun 2011, penggunaan “depends on/influenced by/bergantung kepada” tidak dibenarkan! Tips: Tulis ayat difference tadi dan sambung kerana ………… Contoh : Mentol A menyala lebih terang dari B kerana mendapat lebih banyak voltan.
Manipulated variable >> Variable yang terletak pada paksi-x graf (melintang)
Responding variable >> Variable yang terletak pada paksi-y graf (menegak)
Constant/Fixed Variable >> Apa yang sama dalam gambarajah eksperimen.. elakkan tulis apparatus sebagai c-v, tapi bahan oke. Contoh salah: Isipadu bikar Contoh betul: Isipadu air. Air ialah bahan, bikar ialah apparatus!
Predict >> Refer pada graph dan nyatakan nilai yang dapat anda baca pada graph. Atau jika tiada graf, beri nilai ramalan berdasarkan jadual.
Hypothesis / Relationship >> As the M-V increase, R-V _____ (refer graph)..yg penting, sebut manipulated variable dulu, baru responding variable. Contoh: Semakin bertambah luas permukaan, semakin cepat masa yang diambil.
Operational Definition >> "________ (What to define dalam soalan)" is the __________ (R-V) <—refer paksi y graf …kalau sama, gunakan "________ (What to define dalam soalan)" is the reading of __________ (alat pengukuran R-v) Contoh : Current is the reading of Ammeter
Semoga semua calon dapat menjawab soalan Sains Kertas 2 PMR 2011 dengan jayanya!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan