KEMAHIRAN HIDUP


Salam sejahtera.
Sengaja saya letakkan nombor 10.10.11 sebagai tajuk diatas. NOmbor tersebut bukanlah nombor ajaib. ianya adalah tarikh peperiksaan kertas KHB bagi peperiksaan PMR akan datang. saya yakin ,guru dan pelajar sudah mendapat jadual peperiksaan tersbut. Lekatkanlah jadual peperiksaan di mana-mana sudut yangsenang dilihat.
saya yakin, guru dan pelajar sekarang sedang asyik membuat latih tubi. Satu kaedah yang sering digunakan ialah dengan menggunakan soalan-soalan percubaan dari negeri lain. saya juga ada menggunakan kaedah tersebut. Antaranya ialah soalan percubaan dari negeri sembilan dan wilayah persekutuan Kuala Lumpur. kertas-kertas soalan ini ada yang menariknya. Persembahannya menarik dan ada beberapa kelainan berbanding dengan kertas soalan dari negeri lain.
guru yang membuat perbincangan diharapkan dapat memberikan ulasan yang sebaiknya kepada pelajar. ulasan termasuklah tentang aras soalan dan teknik untuk ‘tackle’ jawapan kepada soalan itu.
bagi saya, sekiranya pelajar dapat menjawab 50/60 soalan itu dengan tepat, pelajar tersebut ada harapan untuk mendapat gred A. namin begitu, pastikan kerja kursus pelajar tersebut juga sempurna..
wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan