Selasa, 4 Oktober 2011

KENE OBJEKTIF TEPAT BM


Siri 777 – Pilihan ayat yang tepat

Soalan:
Cikgu, saya keliru untuk memilih jawapan yang tepat bagi soalan 25 dalam Kertas 1 Bahasa Melayu PMR 2011. Soalan tersebut adalah seperti yang berikut:

25
I Eh, tidak sangka akan berjumpa awak di sini setelah sekian lama tidak bertemu!
II Aduhai, malang sungguh nasibku sejak akhir-akhir ini!
III Wah, awak kelihatan semakin anggun dan bergaya sekarang!
IV Amboi, engkaulah rupa-rupanya yang menjadi dalang dalam hal ini!

A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja.

Daripada:
Calon PMR Runsing 2011, Johor Bahru

Jawaban:
Ayat pilihan I salah kerana ayat tersebut tidak mempunyai subjek. Selain itu, frasa kerja tak transitif `berjumpa awak’ tidak menepati rumus frasa kerja. Ayat yang betul ialah ` Eh, tidak sangka sayaakan berjumpa dengan awak di sini setelah sekian lama tidak bertemu!

Ayat pilihan II betul.

Ayat pilihan III betul.

Ayat pilihan IV salah kerana perkataan `amboi’ yang bermaksud kehairanan digunakan dalam ayat tersebut. Kata seru yang tepat ialah `Cis’ yang bermaksud marah sepatutnya digunakan dalam ayat tersebut.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan `amboi’ ialah kata yang digunakan untuk menyatakan rasa hairan atau untuk mengusik seseorang.

Kata `cis’ pula digunakan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan marah, mencemuh atau benci.

Dengan berdasarkan maksud kedua-dua kata seru tersebut, pilihan jawapan I dan IV salah. Pilihan jawapan yang betul ialah pilihan II dan III.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan