SELAMAT DATANG
Hari ini sudah bermula hari pertama untuk PMR 2011. Saya ucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua calon PMR untuk tahun 2011 ini. Saya harap mereka semua boleh berjaya dan mencapai target masing-masing. Ya, PMR juga merupakan salah satu batu loncatan penting untuk mereka mencapai impian dan cita-cita mereka. Disinilah ia bermula dan ianya tidak berakhir disini. Jangan mudah putus asa dan cuba yang terbaik.
Nasihat saya,
1. Jangan gelabah jika tak dapat jawab soalan. Tinggalkan soalan yang susah dan jawab soalan yang mudah terlebih dahulu. PAstikan soalan yang mudah-mudah anda boleh jawab dengan baik. Yang susah, tinggalkan dan jawab semula bila ada masa.
2. Baca soalan dengan teliti. Jangan kerana anda mahu cepat, tetapi anda tersilap tafsirkan soalan. Jangan jadikan ianya perangai atau hobi anda. Takut akan menjadi kebiasaan nanti ketika dalam peperiksaan.
3. Anda sudah berhempas-pulas belajar selama 9 bulan. Campur lagi pada 2 tahun lepas, sudah 2 tahun 9 bulan. Jadi, jangan sia-siakan peluang yang sudah anda bina sekian lama. Jika anda ingin mendapatkan keputusan yang baik, inilah masanya unutk anda buktikannya.
4. Berdoa dan bertawakal. Jangan lupa. Kita sudah cuba sedaya-upaya. Selebihnya, kita berdoa dan bertawakal. Berharap agar semuanya baik seperti yang kita mahukan. Jangan ego dan sombong.
Itu sahaja nasihat saya. Harap anda semua boleh buat yang terbaik.
Ps: All the best!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan