SELAMAT DATANG
Assalaamualaikum... Apa khabar adik-adik semua? Semalam tak sempat nak tulis something sibuk sangat kat ofis. Adik-adik abang dah hampir ke penghujung exam SPM dan bagi adik-adik yang mengambil PMR abang harap manfaatkanlah musim cuti dengan aktiviti yang bermanfaat ok. Tahun depan adik-adik bakal masuk ke tingkatan 4 bagi yang dah PMR dan bakal ke institusi pengajian tinggi bagi SPM. Persoalan nak pilih kursus atau jurusan ni menjadi semakin rumit. Tahun lepas ada pelajar abang yang nak terjun tangki air kat sekolah sebab tertekan... parents nak suruh masuk kelas sains tapi dia nak masuk kelas akaun. Hemmm... kenapalahhhhhh jadi macam tu :) Kelas sains or akaun bagi abang semuanya terpulang kepada diri masing-masing... semuanya bagus. Tidak semestinya masuk kelas sains maka masa depan adik-adik akan terjamin dan tidak semestinya masuk kelas sastera atau akaun masa depan adik-adik gelap gelita. Kerajaan kita memang menggalakkan para pelajar terutama bumiputera untuk memasuki aliran sains baik tingkatan 4 mahupun lepasan SPM. Untuk itu syarat dipermudahkan berbanding zaman abng dulu. Ini kerana negara amat memerlukan tenaga kerja dan profesional dalam bidang ni. Untuk itu, ramai parents dan masyarakat nampak seolah-olah aliran sains, engineering, medic, biotek dan sebagainya adalah ends of life. Kat kampung abang nipun ada parents yang bukan main berlagak lagi cakap sana sini anak dapat masuk kelas sains tingkatan 4. Sedangkan anaknya tu just dapat 3A je PMR tupun bukan subjek sains. Tup tup.. bila SPM hancusssss... satu A pun takde... nak apply politekpun tak layak... apa lagi masuk matrik. Ini menjadikan anaknya tadi yang pada awal tingkatan 4 memulakan pengajian dengan keyakinan diri dan semangat yang tinggi ... menjadi hancur harapannya dan mulalah melibatkan diri dalam aktiviti tak sihat, rempit dan sebagainya kerana tension. Sebaliknya jika dia memilih aliran sastera atau akaun dia mungkin boleh berjaya dengan keputusan yang lebih baik berdasarkan PMR 3A tadi. Abang menulis dari pendapat peribadi abang sahaja. Sekiranya ianya tidak dipersetujui tak mengapa... Sebab bagi abang, bukan kursus atau aliran itu yang penting tetapi diri anda itu sendiri. Sekiranya anda adalah individu yang berkualiti, anda buat kursus apapun anda insyaAllah akan berjaya dalam hidup. Sekiranya anda memang benar-benar berminat dalam bidang sains, medic, engineering dan sebagainya dan anda memang berkemampuan contohnya dapat PMR straight A ... then go for it lah... betul tak? Kenapa nak buat sastera pulak... satu kerugian kepada negara. Anda teruskan masuk kelas sains belajar setinggi boleh dalam bidang yang anda suka .. keluar dan jadilah saintis, doktor atau engineer kebangggan negara. Jika ditanya abang berapakah keputusan minima untuk masuk kelas sains tingkatan 4, secara peribadi abang kata 5A pun masih fifty fifty. tupun 5A mesti Matermatik, Sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Sejarah. 5 subjek ni boleh dpat A adik-adik, abang syorkan masuklah aliran sains. Negara amat memerlukanmu. Jika adik-adik dapat keputusan PMR yang rendah... adik-adik masuk tingkatan 4 kelas sains abang khuatir adik-adik akan ketinggalan untuk bersaing degnan pelajar di MRSM dan SM Sains. Akhirnya adik-adik yang tercicir. Nak masuk IPT tak dapat lepas SPM. Maka ramailah yang terjebak dengan perkara yang tak elok. Apa-apapun keputusan bincanglah baik-baik dengan keluarga dan cikgu masing-masing. Abang percaya adik-adik abang adalah mereka yang sentiasa positif. Take care ye. Abang baru masuk ofis ni. Banyakkkkkk sangat kerja hari ni. Keep in touch.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan