Selasa, 4 Oktober 2011

KENE TEPAT MELANCONG


Kerajaan menggalakkan rakyat supaya melancong di dalam negara. Apakah kebaikannya jika kita menyahut seruan kerajaan ini?
Jawapan:
Strategi
T=Melancong di dalam negeri
K=Kebaikan
F=Umum/perbincan
Isi:
1. meningkatkan pendapatan negara
2. dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk tempatan
3. meningkatkan industri kraf di negara kita
4. dapat mengenali dan mengetahui negara sendiri dengan lebih dekat
(AR) Industri pelancongan di negara kita berkembang pesat.(AR) Sektor pelancongan ini banyak menyumbangkan pendapatan kepada negara. (AR) Pada masa ini, jumlah pelancong ke negara kita semakin bertambah dari tahun ke tahun. Pelancong dari negara kita pula semakin banyak yang pergi melancong ke luar negara. (AA) Sebenarnya, melancong di dalam negara lebih baik daripada melancong di luar negara.
(AJ) Salah satu kebaikan melancong di dalam negara ialah kita akan dapat meningkatkan pendapatan negara. (AH) Apabila kita makan angin di negara sendiri, wang yang kita belanjakan akan terus mengalir di dalam negara sendiri. (AC) Sebagai contohnya, wang yang kita belanjakan itu akan dapat dimanfaatkan oleh rakyat tempatan yang lain seperti syarikat bas, peniaga gerai makanan, dan sebagainya. (AP) Jadi, jika rakyat negara ini melancong di negara sendiri, faedahnya akan dinikmati oleh rakyat Malaysia sendiri.
Selain itu, (AJ) melancong di dalam negara juga dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk tempatan. (AH) Di pusat-pusat peranginan, syarikat swasta akan mendirikan hotel yang bertaraf lima bintang. (AC) Sebagai contohnya, penduduk tempatan berpeluang untuk bekerja di hotel tersebut atau di agensi-agensi pelancongan. (AP) Tegasnya, penduduk tempatan akan berpeluang untuk menambah rezeki dalam bidang perhotelan.
Di samping itu, (AJ) melancong di dalam negeri juga akan meningkatkan industri kraf di negara kita. (AH)Banyak negeri di negara kita yang menjalankan industri kraf. (AC) Sebagai contohnya, penduduk di Sabah dan di Sarawak banyak menghasilkan barangan kraf yang bermutu tinggi. (AP)Tegasnya, minat pelancong untuk membeli barangan seperti ini secara tidak langsung akan memajukan industri tersebut.
Bukan itu sahaja, (AJ) kita juga dapat mengenali dan mengetahui negara sendiri dengan lebih dekat. (AH) Melalui cara ini, kita dapat meningkatkan ilmu dan maklumat. (AC) Sebagai contohnya, kita tidaklah menjadi seperti katak di bawah tempurung kerana tidak mengetahui perkara yang berlaku di sekeliling kita. (AP) Berdasarkan maklumat tentang negara kita, kita dapat memberitahu keunikan dan keindahan negara kita kepada rakan kita di luar negara.
Sebagai kesimpulannnya, (A Ksmpln) melancong di dalam negara lebih baik daripada melancong di luar negara. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia,(A Cdgn) kita mestilah melancong di dalam negara kita dahulu sebelum melancong ke negara lain. (A Pnln) Pepatah Melayu mengatakan bahawahujan emas di negeri orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik negara sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan