SELAMAT DATANG
Pemilihan aliran yang sesuai selepas PMR!
Baru sahaja beberapa minggu yang lepas, keputusan PMR telah pun diumumkan. Jangan fikir untuk kerja sekarang nie, pelajaran penting juga, biar habiskan spm sekurang-kurangnya bagi akulah. Bagi yang berketurunan peniaga, habis spm kebiasaannya akan menolong keluarga mereka, terutamanya bangsa cina. Fikir-fikirkan!!
Berdasarkan keputusan PMR itulah yang akan menentukan hala tuju aliran yang bakal mereka/anda ambil. Dibawah ini ada disertakan aliran-aliran yang bakal diambil, mengikut sekolah dan yang sedia ada di sekolah kita nanti.
Mata Pelajaran Wajib (subjek teras)
Sebelum itu bibawah ini adalah subjek yang wajib diambil iaitu:-
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris / GCE O Level English
- Pendidikan Islam – Untuk pelajar beragama Islam
- Pendidikan Moral – Untuk pelajar bukan Islam
- Sejarah
- Mathematics / Matematik
- Science / Sains – Untuk Aliran Sastera, Perdagangan dan Kesenian sahaja.
Jadi ada 6 jenis aliran yang telah aku kenalpasti. Semestinya no 1 ialah Sains tulen, Aliran Sains Tulen Agama, Aliran Sains Kemanusiaan, Aliran Sains Kemanusiaan, Aliran Iktisas dan Aliran Kesusasteraan dan Kesenian.
1. Aliran Sains Tulen
- Additional Mathematics / Matematik Tambahan
- Physics / Fizik
- Chemistry / Kimia
- Biology / Biologi
- English for Science and Technology
2. Aliran Sains Tulen Agama
- Additional Mathematics / Matematik Tambahan
- Physics / Fizik
- Chemistry / Kimia
- Biology / Biologi
- English for Science and Technology
- Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
- Pendidikan Syariah Islamiah
- Tasawwur Islam (Gambaran Islam)
- Bahasa Arab Tinggi
3. Aliran Sains Kemanusiaan
- Additional Maths / Matematik tambahan
- Physics / Fizik
- Chemistry / Kimia
- Biology / Biologi
- English for Science and Technology
- Prinsip Perakaunan
- Ekonomi Asas
- Perdagangan
- Geografi
4. Aliran Iktisas
- Additional Mathematics / Matematik Tambahan
- Science / Sains
- Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
- Pendidikan Syariah Islamiah
- Tasawwur Islam (Gambaran Islam)
- Prinsip Perakaunan
- Ekonomi Asas
- Perdagangan
- Bahasa Arab Tinggi
5. Aliran Perdagangan
- Additional Mathematics / Matematik Tambahan
- Additional Science / Sains Tambahan
- Prinsip Perakaunan
- Ekonomi Asas
- Perdagangan
6. Aliran Kesusasteraan dan Kesenian
- Additional Science / Sains Tambahan
- Geografi
- Kesusasteraan Melayu
- Literature in English
- Kesusasteraan Cina
- Kesusasteraan Tamil
- Pendidikan Seni Visual
- Ekonomi Rumah Tangga
- Pendidikan Muzik
7. Mata Pelajaran Tambahan (Elektif)
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- Bahasa Arab Komunikasi
- Bahasa Punjabi
- Bahasa Perancis
- Bahasa Iban
- Pengetahuan Sains Sukan
- Sains Pertanian
- Mata pelajaran Teknikal
- Reka Cipta
- Teknologi Maklumat
Untuk itu, memang benar, keputusan yang cemerlang seharusnya kita mengambil aliran sains tulen. tetapi bagi aku, perlu membuat keputusan dengan sebaik mungkin dengan keluarga ataupun kaunselor untuk mengetahui kemampuan dan keperluan negara ketika ini dan akan datang. Perlu ada keseimbangan dan juga timbang-tara.
Ini berdasarkan pengalaman sendiri, yang mana aku dulu ambil aliran sains tulen. Dan akhirnya aku kecundang. Bila peringkat universiti memang dah lari bidang pun. Cuma harus fikir atas kemampuan otak, dan mungkin aku memang malas pun SPM dulu. haha!
Berikut adalah panduan yang boleh kita ambil kira.
- Lihat keputusan peperiksaan. Kecemerlangan mereka dalam subjek-subjek tertentu menjadi penanda minat dan kelebihan mereka pada subjek-subjek tersebut, berbanding dengan yang lain. Tengok kalau matematik dapat A, kebarangkalian untuk bijak dalam aliran perdagangan
- Perhatikan minat dan kecenderungan mereka. Setiap individu adalah unik dan istimewa, masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri, ini tergambar dari lahiriah mereka. Aliran yang tepat dapat membantu mereka menggilap bakat dan kelebihan mereka.
- Berbincang hati ke hati dengan mereka. “Abang/kakak nak jadi apa bila besar nanti?” Biarkan mereka bercerita tentang impian dan cita-cita mereka, kita boleh membimbing dengan pertanyaan-pertanyaan yang objektif.
- Berjumpa dengan Kaunselor sekolah. Guru kaunselor, dan yang telah berjaya macam zikrihusaini (haha perasan) kenal akan anak-anak murid sekolah tersebut, beliau merupakan sumber yang baik untuk mendapatkan pendapat.
- Berjumpa dengan ahli profesional. Jika anak-anak sudah mempunyai cita-cita, yang spesifik contohnya, doktor. Aturkan masa yang bersesuaian dengan seorang doktor yang boleh memberi gambaran tentang profesinya, agar anak-anak mendapat gambaran yang jelas, adakah ini jenis pekerjaan yang diminatinya?
- Beristikharah. “Tidak rugi orang yang bermesyuarat, tidak menyesal orang yang beristikharah.”
Pilihlah aliran yang bersesuaian dengan anak-anak kita, yang tepat kerana ini adalah langkah awal ke masa depan yang cemerlang. Akan datang, aku akan cuba membincangkan apakah aliran yang terbaik, ataupun aliran yang perlu difikirkan ia adalah bagus untuk masa depan. Masih lagi dalam kajian, sebab cikgu yang aku nak jumpa sibuk dah sekarang nie , dah naik sekolah!!Mungkin cikgu aried, cikgu tehr (cikgu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan