Ahad, 18 September 2011

PMR FORMAT


Format Peperiksaan

Bahasa Melayu
Terbahagi kepada dua kertas, objektif dan subjektif. 02/1 Kertas Satu melibatkan 40 soalan objektif untuk menguji pelajar dari segi tatabahasa dan sastera. Terdapat:
  • 7 soalan berdasarkan pengetahuan perkataan
  • 7 soalan mencari kesalahan ayat
  • 3 soalan mengenai penggunaan sesuatu perkataan dalam ayat
  • 4 soalan mengenai ayat yang sesuai menggantikan ayat bergaris
  • 3 soalan mengenai jawapan yang sesuai menggantikan ayat diberi
  • 3 soalan mencari ayat yang betul
  • 3 soalan berdasarkan peribahasa
  • 10 soalan komponen sastera berdasarkan antologi-antologi yang dikaji di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
02/2 Kertas dua pula mengandungi 4 bahagian iaitu:
  • Bahagian A(i) : Ringkasan, 20 markah
  • Bahagian A(ii) : 3 soalan berdasarkan petikan ringkasan, soalan pertama menanyakan maksud rangkai kata, soalan kedua menanyakan soalan yang mempunyai jawapan dalam petikan dan soalan ketiga menanyakan soalan berdasarkan pendapat pelajar, 10 markah
  • Bahagian B : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan/Gambar, 20 markah
  • Bahagian C : Karangan Pilihan, pelajar perlu memilih salah satu tajuk daripada lima tajuk yang diberikan dan membuat karangan lengkap melebihi 180 patah perkataan, 40 markah
  • Bahagian D : Kajian Novel, 10 markah
  • Sukar Membawa Tuah (Digunakan oleh pelajar tingkatan 1 Zon A mulai tahun 2010)
  • Bukan Duniaku (Digunakan oleh pelajar tingkatan 1 Zon B mulai tahun 2010)
  • Hikmah (Digunakan oleh pelajar tingkatan 1 Zon C mulai tahun 2010)
  • Istana Menanti (Digunakan oleh pelajar tingkatan 1 Zon D mulai tahun 2010)
  • Lestari Bukit Menghijau (Digunakan oleh pelajar tingkatan 2 Zon B mulai tahun 2011)
  • Di Sebalik Wajah (Digunakan oleh pelajar tingkatan 2 Zon D mulai tahun 2011)
  • Erti Sebuah Pengorbanan (Digunakan oleh pelajar tingkatan 2 Zon C mulai tahun 2011)
  • Wira Persona Avatari (Digunakan oleh pelajar tingkatan 2 Zon A mulai tahun 2011)
  • Panas Salju
  • Ekspedisi
  • Kanang: Cerita Seorang Pahlawan
  • Merdeka! Merdeka!
  • Kasut Kelopak Jantung (Digunakan oleh semua pelajar tingkatan 1 mulai tahun 2010)
  • Gema Sepi Gadis Genius (Digunakan oleh semua pelajar tingkatan 2 mulai tahun 2011)
  • Anak Bumi Tercinta
Hasil tambah kedua-kedua kertas ialah 140:
Hasil Tambah Markah Pelajar/140 X 100 = Markah Sebenar Pelajar
Bahasa Inggeris
Terbahagi kepada dua kertas. 12/1 Kertas Satu melibatkan soalan objektif untuk menguji pelajar dari segi tatabahasa (Grammar), sastera (Literature) dan pemahaman (Comprehension). Terdapat:
  • 10 soalan berdasarkan gambar/stimulus (Graphics/Stimuli)
  • 8 soalan memenuhi perkataan tertinggal dalam petikan berdasarkan jawapan yang diberikan (Rational Cloze)
  • 6 soalan mencari makna terdekat (Closest in Meaning)
  • 10 soalan berdasarkan petikan (Comprehension)
  • 6 soalan sastera Tingkatan Satu (Short Stories and Selected Poems)
12/2 Kertas Dua mengandungi tiga bahagian iaitu:
  • Bahagian A: Karangan Berpandu (Guided Composition), 30 markah
  • Bahagian B: Ringkasan (Summary), 10 markah
  • Bahagian C: Karangan Novel (Literature), 10 markah
  • The Boscombe Valley Mystery (Digunakan oleh pelajar tingkatan 1 [Zon Selangor,WP Kl, Negeri Sembilan dan Melaka] mulai tahun 2010)
  • Journey To The Centre Of The Earth (Digunakan oleh pelajar tingkatan 1 [Zon Johor, Pahang, Terengganu, Sabah, Sarawak dan WP Labuan] mulai tahun 2010)
  • Black Beauty (Digunakan oleh pelajar tingkatan 1 [Zon Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan] mulai tahun 2010)
  • Dr. Jekyll and Mr. Hyde
  • The Prisoner of Zenda
A Collection of Poems, Short Stories and Drama Form 1 to Form 3
Hasil tambah kedua-dua kertas adalah 90, Hasil Tambah Markah Pelajar/90 X 100 = Markah Sebenar Pelajar
Matematik50/1,50/2
Terbahagi kepada dua kertas. Kertas satu melibatkan 40 soalan objektif, 40 markah dan Kertas Dua melibatkan 20 soalan subjektif, 60 markah. Hasil tambah dua kertas adalah 100.
Sains55/1,55/2
Terbahagi kepada dua kertas. Kertas satu melibatkan 40 soalan objektif, 40 markah dan Kertas Dua melibatkan 5-7 soalan eksperimen atau rajah. Hasil tambah dua kertas adalah 100.
Geografi23/1
Melibatkan satu kertas yang mengandungi 60 soalan objektif, 100 markah (Bilangan Soalan Betul/60 X 100)
Sejarah21/1
Melibatkan satu kertas yang mengandungi 60 soalan objektif, 100 markah (Bilangan Soalan Betul/60 X 100)
Kemahiran Hidup
Melibatkan satu kertas yang mengandungi 60 soalan objektif, 30 Teras, 30 Elektif, 100 markah (Bilangan Soalan Betul/60 X 100) Elektif-elektif: 76/1 Pilihan 1: Kemahiran Teknikal 77/1 Pilihan 2: Ekonomi Rumah Tangga 78/1 Pilihan 3: Pertanian 79/1 Pilihan 4: Perdagangan dan Keusahawanan

Pendidikan Islam
Melibatkan dua bahagian, satu bertulis jawi dan satu bertulis rumi, Bahagian A mengandungi 2 soalan yang terbahagi pula kepada dua bahagian, pelajar perlu memilih satu soalan dan menjawab semua bahagian di dalamnya, Bahagian A melibatkan topik Tilawah dan Hadis. Bahagian ini mempunyai 20 markah. Bahagian B mengandungi 4 bahagian, iaitu, Akidah, Ibadah, Sirah dan Akhlak. Semua wajib dijawab, bahagian ini mempunyai 80 markah. Hasil tambah kedua-dua bahagian ialah 100.
Bahasa Cina
Terbahagi kepada dua kertas, objektif dan subjektif. 32/1 Kertas Satu melibatkan 40 soalan objektif untuk menguji pelajar dari segi tatabahasa, prosa moden dan prosa klasik. Terdapat:
  • 3 soalan berdasarkan pemahaman bahan rangsangan
  • 7 soalan berkaitan tatabahasa, aspek yang diuji termasuklah: HanYuPinYin, Gaya Bahasa, Peribahasa, Ayat Majmuk, Penggunaan Fungsi Kata yang Betul
  • 3 soalan mengisi tempat kosong dalam petikan menggunakan perkataan yang paling sesuai/tepat
  • 10 soalan berdasarkan 2-4 petikan pemahaman prosa moden
  • 10 soalan berdasarkan 2-4 petikan pemahaman prosa klasik
  • 7 soalan berdasarkan Pepatah Cina Terpilih yang dipelajari di Tingkatan Peralihan hingga 3
02/2 Kertas dua pula mengandungi 4 bahagian iaitu:
  • Bahagian A(i) : Penulisan Kaligrafi, 6 markah
  • Bahagian B : Ringkasan, 10 markah
  • Bahagian C : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan/Gambar, 14 markah
  • Bahagian D : Karangan Pilihan, pelajar perlu memilih salah satu tajuk daripada lima tajuk yang diberikan dan membuat karangan lengkap melebihi 220 patah perkataan, 30 markah
Hasil tambah kedua-dua bahagian ialah 100.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan