Sabtu, 8 Oktober 2011

ktmb

SELAMAT DATANG


Salah satu perkara yang dinantikan ramai pengguna adalah kemaskini semasa kedudukan tren komuter dan juga berita semasa mengenainya. Menariknya, kini para pengguna boleh mengikuti pelbagai kemaskini berkaitan dengan KTM Komuter dengan mudah melalui sebuah akaun Twitter khas yang mana dikemaskini dari semasa ke semasa berkaitan dengan penangguhan tibanya tren Komuter di sesuatu stesen.
Pada masa yang sama, melalui akaun Twitter KTM Komuter ini juga, pelbagai maklumat dan juga tips dikeluarkan, serta jadual pembatalan tren dan sebagainya. Mungkin dengan adanya data-data berkaitan ini, kita akan dapat melihat aplikasi web atau mudah-alihnya diperkenalkan oleh pembangun bebas tidak lama lagi.
Bagi yang berminat, anda boleh mengikuti Tweet semasa KTM Komuter ini melalui @KTMKomuter.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan