SELAMAT DATANG
Salam sejahtera buat semua.
Baru sahaja beberapa minggu sejak berakhirnya Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011. Seperti kebiasaan, sebaik sahaja berakhirnya PMR, timbul pula persoalan tentang tarikh pengumuman keputusan PMR 2011. Sudah ada yang mula mengajukan pertanyaan ini kepada saya dalam tulisan tahun lepas.
Nampaknya adik-adik Tingkatan 3 sudah tidak sabar untuk mengetahui keputusan masing-masing, walaupun sebenarnya ramai lebih suka selepas berakhirnya peperiksaan tersebut. Mana taknya, ramai yang mengatakan tempoh selepas berakhir PMR sebagai musim berbulan madu (baca: honeymoon) sebelum mereka perlu menempuh SPM pula pada 2013 nanti.
Semasa berlansungnya peperiksaan PMR 2011 tempoh hari, PMR 2011 (atauPMR) telah menjadi Trending Topic (TT) di laman Twitter (bagi demografi Malaysia). Rasanya inilah kali pertama PMR menjadi TT di sana. Mungkin juga kerana pengenalan demografi TT.
Dijangkakan, keputusan rasmi PMR 2011 akan diumumkan sebelum perayaan Krismas pada 25 Disember 2011 iaitu pada hari Khamis (22 hb) ataupun pada hari Jumaat (23 hb). Mengimbas kembali pengumuman keputusan PMR 2010, ianya diumumkan pada 23 Disember 2010. Jadi, tarikh pengumuman pada tahun ini berkemungkinan akan lebih kurang sahaja dengan tarikh tahun lalu.
Itulah jangkaan saya. Jika korang ada maklumat yang lebih sahih dan tepat, diharap korang dapat kongsikan dengan kami semua. Err, ada juga ke kes kebocoran soalan/jawapan yang terjadi semasa PMR 2011 seperti yang terjadi semasa UPSR 2011?
beliamuda: Adakah khabar angin berkenaan tarikh keputusan PMR 2011 akan bertiup kencang seperti tahun lalu?
(Dilawati sebanyak 1,800 kali, 247 kali hari ini)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan