Selasa, 27 Disember 2011

SEKIAN TERIMA KASIH

SELAMAT DATANG

PADA HAR INI 27 DEC 2011 DENGAN SAAT TAMAT LAH PERKHIDMATAN BLOG PMR 2011 .SAYA HARAP SELAMA INI PERKHIDMATAN INI MEMBERI SEGALA MAKLUMAT ATAU INFORMASI YANG ANDA INGIN SEKIAN TERIMA KASIH ATS SOKONGAN ANDA INSYAALLAH KAMI AKAN BERSIARAN SEMULA PADA SPM 2013 .INSYAALLAH

DARI MULUT


CEO OF BLOGGER RAMALAN PMR 2011.

Selasa, 8 November 2011

Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan PMR 2011?

SELAMAT DATANG

Salam sejahtera buat semua.
PMR 2011
Baru sahaja beberapa minggu sejak berakhirnya Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011. Seperti kebiasaan, sebaik sahaja berakhirnya PMR, timbul pula persoalan tentang tarikh pengumuman keputusan PMR 2011. Sudah ada yang mula mengajukan pertanyaan ini kepada saya dalam tulisan tahun lepas.
Nampaknya adik-adik Tingkatan 3 sudah tidak sabar untuk mengetahui keputusan masing-masing, walaupun sebenarnya ramai lebih suka selepas berakhirnya peperiksaan tersebut. Mana taknya, ramai yang mengatakan tempoh selepas berakhir PMR sebagai musim berbulan madu (baca: honeymoon) sebelum mereka perlu menempuh SPM pula pada 2013 nanti.
Semasa berlansungnya peperiksaan PMR 2011 tempoh hari, PMR 2011 (atauPMR) telah menjadi Trending Topic (TT) di laman Twitter (bagi demografi Malaysia). Rasanya inilah kali pertama PMR menjadi TT di sana. Mungkin juga kerana pengenalan demografi TT.
Dijangkakan, keputusan rasmi PMR 2011 akan diumumkan sebelum perayaan Krismas pada 25 Disember 2011 iaitu pada hari Khamis (22 hb) ataupun pada hari Jumaat (23 hb). Mengimbas kembali pengumuman keputusan PMR 2010, ianya diumumkan pada 23 Disember 2010. Jadi, tarikh pengumuman pada tahun ini berkemungkinan akan lebih kurang sahaja dengan tarikh tahun lalu.
Itulah jangkaan saya. Jika korang ada maklumat yang lebih sahih dan tepat, diharap korang dapat kongsikan dengan kami semua. Err, ada juga ke kes kebocoran soalan/jawapan yang terjadi semasa PMR 2011 seperti yang terjadi semasa UPSR 2011?
beliamuda: Adakah khabar angin berkenaan tarikh keputusan PMR 2011 akan bertiup kencang seperti tahun lalu?
(Dilawati sebanyak 1,800 kali, 247 kali hari ini)

Ahad, 16 Oktober 2011

Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Sekolah Menengah Vokasional (SMV)/ Kolej Vokasional 2012

SELAMAT DATANG


Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Sekolah Menengah Vokasional (SMV)/ Kolej Vokasional 2012

Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 dan berminat menyambung belajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2012 bolehlah membuat permohonan sekarang.
Permohonan SMT SMV
Pendidikan teknikal dan vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pelajaran menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.
Kementerian Pelajaran juga dalam proses menukarkan status Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional secara berperingkat-peringkat sebagai sebahagian usaha memantapkan lagi sistem pendidikan negara serta menghapuskan stigma bahawa pengajian vokasional adalah untuk pelajar yang tidak dapat menguasai bidang akademik. Perubahan nama itu akan melibatkan pindaan Akta Pendidikan serta rombakan kursus-kursus teknikal dan vokasional, dengan pelajar yang dikeluarkan tidak terbatas di peringkat sijil kemahiran tetapi merupakan lulusan setaraf diploma atau diploma lanjutan.

Aliran

Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional Kementerian Pelajaran menawarkan 3 aliran dan 1 kolej;
  • Aliran Teknikal
  • Aliran Vokasional
  • Aliran Kemahiran
  • Kolej Vokasional

Aliran Teknikal

Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.
Aliran teknikal menyediakan 6 pakej kursus iaitu Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Perdagangan, Sains Pertanian dan AgroTeknologi.

Aliran Vokasional

Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorakvocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.
Aliran vokasional menyediakan 17 pakej kursus iaitu Automotif, Penyejukan dan Penyamanan Udara, Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan, Elektrik dan Elektronik, Pengurusan Perniagaan, Fesyen, Katering, Seni Kecantikan, Perkhidmatan dan Perkembangan Kanak-kanak, Bakeri, Pelancongan, Hortikultur Hiasan dan Lanskap, Teknologi Tanaman, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan dan Pengaturcaraan Komputer.
Aliran Kemahiran & Kolej Vokasional
Aliran kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.
Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.
Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada murid aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan murid mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti murid. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang murid mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.
Aliran kemahiran menyediakan 20 pakej kursus iaitu Pemesinan, Jurukimpal, Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal, Juruteknik Automotif, Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara, Pembuat Perabot, Jurubina Bangunan, Jurubina Bangunan (Asas Kayu), Jurukerja Paip, Pelukis Pelan Senibina, Timber Processing and Finishing, Juruteknik Elektrik, Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan, Demi Chef, Pembuat Pakaian Wanita, Pendandan Rambut, Jurukecantikan, Juruteknik Akuakultur, Juruteknik Ladang Pertanian dan Jurupemprosesan Makanan.
Kolej Vokasional pula menyediakan 14 pakej kursus iaitu Pemesinan Industri, Teknologi Kimpalan, Teknologi Automotif, Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Teknologi Elektrik, Seni Kulinari, Kosmetologi, Fesyen dan Membuat Pakaian, Hortikultur Hiasan, Landskap, Mekanisasi Agro, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan Ruminan dan Agroindustri Ternakan Poltri

Syarat Umum

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon hendaklah:
    • Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011.
    • Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011.
  • Kesihatan diri pemohon:
    • Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
    • Bebas dari penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
  • Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.

Syarat Khusus

  • Aliran Teknikal – Minimum B semua 8 mata pelajaran dalam peperiksaan PMR
  • Aliran Vokasional – Pencapaian sederhana dalam peperiksaan percubaan PMR
  • Aliran Kemahiran – Pencapaian rendah dalam peperiksaan percubaan PMR
  • Kolej Vokasional – Pencapaian baik dalam peperiksaan percubaan PMR

Permohonan

Temuduga

  • Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga di SMT/SMV yang berkenaan.
  • Pemohon diminta hadir temuduga dengan berpakaian lengkap sekolah. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, keputusan peperiksaan  percubaan PMR 2011 yang telah disahkan oleh pihak sekolah pemohon dan sijil-sijil berkaitan.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional 2012 adalah pada 19 Disember 2011.

Rayuan Kemasukan

Bagi permohonan yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan terus melalui online atau terus ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Vokasional (SMV) atau Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang berkenaan.

Maklumat

Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2012 Semenanjung Malaysia

SELAMAT DATANG

Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2012 Semenanjung Malaysia

Permohonan MRSM
Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tingkatan 3 2011 warganegara Malaysia yang akan menduduki PMR 2011 dan memenuhi syarat kelayakan untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 tahun 2012. MRSM menawarkanjurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

  1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi mata pelajaran teras dalam PMR tahun 2011.
  2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2011.

Syarat Kelayakan Memohon MRSM

  1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
  2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

  1. Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 28 November hingga 2 Disember 2011.
  2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara atas talian (online).

Pemilihan

  1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
  2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM juga tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan

  1. Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
  2. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2012.
  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  4. Pemohon juga perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah:
    • Permohonan Ke Tingkatan 4,
      Pengarah,
      Bahagian Pendidikan Menengah,
      Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
      Jalan Raja Laut,
      50609 KUALA LUMPUR.

Memohon Nombor Pin atau Kata Laluan

  1. Pemohon boleh mendapatkan nombor pin di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 3 Oktober 2011 secara percuma.
  2. Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2011 yang telah disahkan benar, semasa mendapatkan nombor pin. Bawa juga angka giliran PMR pemohon.

Tarikh Tutup

  1. Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2012 akan ditutup pada 20 Oktober 2011.
  2. Cetakan borang permohonan online yang telah lengkap diisi bersama-sama dokumen yang berkaitan hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2011.
  3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2012.
  4. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2012 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Maklumat

  1. Sila rujuk Iklan Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 4 Tahun 2012 Semenanjung Malaysia untuk maklumat lanjut.
  2. Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2010 dan 2011 bagi mendapatkan lebih maklumat.
  3. Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan kemasukan tingkatan 4 MRSM ini sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 atau 03-2613 4513.
  4. Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;

Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 4 2012

SELAMAT DATANG


Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 4 2012

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2012

Para pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR 2011 dan berminat untuk memasuki Tingkatan 4 2012 di Sekolah Berasrama Penuh(SBP) adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara onlinesekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan sebanyak 63 buah SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 4.
Permohonan Sekolah Berasrama Penuh

Aliran SBP

Ketika ini ada sebanyak 63 buah SBP di seluruh negara dengan pelbagai kombinasi aliran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Agama dan Sains Teknikal untuk pelajar Tingkatan 4. Setiap aliran SBP ini menawarkan sedikit perbezaan pakej mata pelajaran. Kementerian Pelajaran menyediakan 60 buah SBP yang menawarkan aliran Sains Tulen, 15 buah SBP menawarkan aliran Sains Tulen Agama, 1 buah SBP menawarkan aliran Agama Ikhtisasdan 27 buah SBP menawarkan aliran Sains Teknikal di seluruh negara.

Pakej Mata Pelajaran SBP

Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;
Sains Tulen : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik,   Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi,  Elektif.
Sains Teknikal : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan Fizik, Kimia.
Sains Sosial : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Elektif.
Sains Tulen Agama : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah.
Aliran Agama Ikhtisas : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan,  Sains, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas. 

Permohonan SBP Tingkatan 4 2012

  • Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2012 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Borang Permohonan ini hendaklah dicetak dan mesti ditandatangani oleh pemohon dan dihantar kepada Pengetua sekolah asal untuk disahkan.
  • Pihak sekolah akan menghantar borang yang telah disahkan kepada PPD atau JPN.

Tarikh Tutup

  • Permohonan untuk ke Tingkatan 4 SBP 2012 akan ditutup pada 15 Oktober 2011.

Keputusan Permohonan

  • Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 SBP 2012 dijangka akan diumumkan pada pertengahan bulan Januari 2012.

Maklumat

Permohonan Kemasukan MTD 2012

SELAMAT DATANG


Permohonan Kemasukan MTD 2012

Permohonan Kemasukan Putera Baru Ke Maktab Tentera DiRaja (MTD) Tingkatan 4 2012 sudah dibuka sekarang kepada pelajar lelaki warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan PMR 2011. Permohonan boleh dibuat berdasarkan Peperiksaan Percubaan PMR 2011.
Sejarah kecemerlangan seorang Putera MTD bermula sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki di bumi MTD. Kehidupan yang dilalui oleh setiap putera dipenuhi dengan kitaran hidup yang berjadual dan displin yang mantap serta penuh dengan budaya hidup ala ketenteraan.
Permohonan MTD
Yang junior diajar oleh senior cara menyesuaikan diri dengan kehidupan di MTD sambil dipantau oleh jurulatih-jurulatih dari berbagai kepakaran dalam perkhidmatan ATM. Segala aktiviti yang dilakukan bersama untuk menerap nilai kerjasama dalam kumpulan dan semangat setia kawan bagi memastikan matlamat utama pernubuhan MTD tercapai iaitu melahirkan bakal-bakal pemimpin masa hadapan.

Syarat Am

  • Pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2011.
  • Warganegara Malaysia.

Syarat Fizikal

  • Jantina – Lelaki.
  • Tinggi minimum – 152 sm.
  • Berat minimum – 40.5 kg.
  • Body Mass Index (BMI) – 18 sehingga 27.
  • Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas).
  • Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
  • Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti ketenteraan dan lasak.

Syarat Akademik

  • Memperolehi sekurang-kurangnya 4A (Bahasa Malaysia, Bahasa InggerĂ­s, Matematik dan Sains) 2B di dalam peperiksaan Percubaan PMR 2011 dan berpotensi cemerlang dalam peperiksaan sebenar PMR 2011 nanti.
  • Pelajar yang aktif dalam sukan, kelab, persatuan dan unit beruniform akan diberi keutamaan.
  • Perlu menduduki Ujian Khas MTD sebagai prasyarat Kemasukan ke Tingkatan 4 di Maktab Tentera DiRaja.

Temuduga MTD

  • Pelajar yang mendapat keputusan markah yang cemerlang dalam Ujian Khas MTD akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Temuduga MTD.
  • Pelajar yang berjaya dalam Temuduga MTD akan ditawarkan pengajian bagi Tingkatan 4 di MTD tahun 2012 dengan syarat keputusan PMR sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains).

Ujian Khas MTD (UKMTD)

Ujian khas MTD terdiri dari perkara seperti berikut:
  • Ujian Fizikal – Wajib lulus pemeriksaan kesihatan dahulu
  • Ujian Akademik = 50%
    • Keputusan Percubaan PMR – 40 markah
    • Ujian IQ – 40 markah
  • Ujian Fizikal = 30%
    • Ujian Fizikal – 30 markah
    • Penilaian Sukan – 10 markah
    • Penilaian Kepimpinan – 10 markah
  • Temuduga = 20%
    • Personaliti – 10 markah
    • Komunikasi 10 markah
    • Pengetahuan – 10 markah

Permohonan

  • Pemohon boleh memuat-turun dengan mengunakan IE borang permohonan kemasukan (BAT B 115 (Pin 3/03) atau mengambil sendiri dengan datang ke alamat di bawah.
  • Pemohon boleh juga memohon borang permohanan melalui pos dengan menyertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:
    • Sel Pemilihan,
      Pusat Pengurusan Maklumat,
      Maktab Tentera Diraja,
      Kem Sungai Besi,
      57000 Kuala Lumpur.
  • Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Ujian Khas MTD dijalankan selepas tapisan permohonan dibuat.
  • Borang permohanan BAT B 115 (Pin 3/03) yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke MTD Tingkatan 4 2012 ditutup pada 30 September 2011.
  • Borang permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
  • Sekiranya tiada jawapan sehingga 30 Januari 2012, permohonan dianggap tidak berjaya.

Maklumat

  • Sila rujuk laman web Maktab Tentera DiRaja untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MTD 2010 dan 2011sebagai panduan.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaaan sila hubungi Sel Pemilihan MTD di talian 03 9086 7470 atau 03 9086 7471.