Rabu, 28 September 2011

Ramalan bm

1.Kara Han

Ramalan pmr

Ade rasa susah hendak menjawap bm selasa ini
Jadi tunggu sehingga soalan ramalan bm keluar pada ahad ini tunggu 6:.2?(76,3;$83(?8(4?

Pmr 5 hari to go'hf0)$&@'

Pmr semakin hampir tinggal 5 hari lagi Oleh itu soalan ramalan bm Akan dipaparkan pada hari ahad ini .$$$$
Hari ahad
Tarikh:03/10/2011
Jam : 10 jam sebelum exam Berlioz

Rabu, 21 September 2011

definisi


Peperiksaan merupakan perkataan yang amat sinonim dengan pelajar. Meskipun terdapat cadangan untuk mengubahsuai kaedah penilaian pelajar sekolah rendah dan menengah, namun peperiksaan UPSR dan PMR masih dilaksanakan seperti biasa pada tahun ini. Peperiksaan masih lagi menjadi pengukur utama kecemerlangan pelajar di peringkat PMR. Biarpun bijak seseorang pelajar tersebut, pasti sukar diiktiraf sekiranya tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang di dalam peperiksaan yang didudukinya. Oleh itu peperiksaan PMR yang bakal dihadapi beberapa hari lagi masih perlu diberi perhatian serius sebagai pengukur kecemerlangan pelajar yang penting untuk kesinambungan proses pembelajaran formal.
Sesetengah ibu bapa prihatin sanggup mengambil cuti khusus untuk membantu anak belajar atau setidak-tidaknya dapat memberi sokongan moral sepanjang musim peperiksaan berlangsung. Apatah lagi bagi anak-anak yang tidak mempunyai teknik belajar yang berkesan dan tiada matlamat belajar yang jelas.

Tips Di Dewan Peperiksaan.


Tips Di Dewan Peperiksaan.
1. Datang awal ke dewan peperiksaan (pastikan jadual disemak terlebih dahulu)
2. Memasuki dewan peperiksaan dengan penuh yakin
3. Baca soalan yang dikemukakan dengan teliti (faham betul-betul…)
4. Menjawab semua soalan yang terdapat pada kertas soalan (berdasarkan arahan). Jangan biarkan ada soalan yang tidak dijawab.
5. Tinggalkan sementara soalan yang susah dengan menanda soalan tersebut dan kembali menjawab selepas menjawab soalan-soalan yang mudah
6. Semak jawapan sehingga pasti yakin atau sehingga habis masa yang diperuntukkan
7. Jangan keluar awal dari dewan peperiksaan, gunakan masa yang ada untuk semakan. (Masa ini merupakan masa yang paling penting sepanjang 3 tahun persediaan (PMR))
Langkah yang seribu bermula dengan langkah pertama. Walaupun PMR tidak sepenting SPM, sekurang-kurangnya keputusan peperiksaan PMR dapat membuka peluang yang lebih luas untuk pemilihan bidang dengan lebih tepat berdasarkan potensi dan minat pelajar demi kejayaan masa depan yang lebih cemerlang.

Persediaan Rohani


Persediaan Rohani
1. Solat hajat, sentiasa mendahuluinya dengan solat taubat. Dilakukan oleh pelajar sendiri, dengan ini mereka lebih berusaha dengan pengharapan yang lebih kepada Allah s.w.t.
2. Mendekatkan diri kepada Allah, menjauhi maksiat dan berdoa kepada Allah s.w.t
3. Mentaati dan menghormati ibu bapa
4. Bertawakkal kepada Allah s.w.t

Persediaan Emosi


Persediaan Emosi
1. Elakkan berlakunya konflik samada dengan rakan atau sesiapa sahaja. Jangan terlalu melayan perasaan yang negatif dan jangan mudah ambil hati atau kecewa.
2. Kurangkan komunikasi dan aktiviti sosial (apatah lagi ‘bercewek..’, penggunaan sms dan facebook yang keterlaluan); Penting bagi meningkatkan tumpuan kepada persediaan peperiksaan yang berkesan

Persediaan Mental


Persediaan Mental
1. Yakin dan gembira untuk menghadapi peperiksaan (semestinya telah melakukan persediaan awal, kalau tidak agak sukar untuk mendapat keyakinan..)
2. Jauhi fikiran negatif tentang peperiksaan yang akan diduduki; contohnya mengelakkan jangkaan dan bayangan bahawa soalan peperiksaan yang bakal dihadapi susah, berfikiran bahawa sijil PMR tidak penting atau seumpamanya.

tip menjawab soalan objektif


Teknik Menjawab Soalan Objektif

1. BACA, KEMUDIAN TELITI DAN FAHAMI KEHENDAK SOALAN.
  • Baca kesemua pilihan jawapan.
  • Jangan memilih secara TERGESA-GESA. Jawab soalan yang mudah  dahulu. Soalan bergambar biasanya soalan yang mudah



2.INGAT! PILIHLAH JAWAPAN YANG KAMU TAHU SALAH DAHULU.
  • Langkah pertama, potong pilihan jawapan yang salah.
  • Baki jawapan mungkin dua sahaja.
  • Cara ini memudahkan pemilihan jawapan.

3. PERHATIKAN JAWAPAN DENGAN TELITI DAN TERPERINCI.
  • Perhatikan panjang dan pendek pilihan jawapan yang diberi
  • Kebiasaannya yang panjang itulah jawapan yang betul.

Kepada semua pelajar yang akan menghadapi peperiksaan, Selamat Menghadapi Peperiksaan dan Semoga semua pelajar akan berjaya dengan cemerlang

Persediaan Fizikal Sebelum Exam


Persediaan Fizikal
1. Tidur yang cukup (sekitar 6-7 jam sehari), tidur berlebihan juga tidak baik. Elakkan tidur antara asar dan maghrib, yang mana boleh menjejaskan kesihatan mental.
2. Makan makanan berkhasiat. Pemakanan tambahan untuk minda juga amat baik seperti kismis, kurma, termasuk air bersih/mineral secukupnya (6-8 gelas sehari)
3. Elakkan kegiatan lasak dan merbahaya bagi mengurangkan risiko kemalangan dan keletihan termasuk sukan lasak.
4. Beriadah, sekadar mengeluarkan peluh, cukup dengan 2-3 kali seminggu. Kurangkan masa bersukan ke tahap yang paling minimum sehingga selesai peperiksaan.
5. Ulangkaji semua topik berkaitan dengan terancang. Bahagikan masa secukupnya untuk setiap mata pelajaran sehingga hari peperiksaan. Rujuk jadual peperiksaan bagi membantu keberkesanan perancangan.
6. Jangan bergantung kepada soalan ramalan. Sebaliknya perlu melakukan latih tubi menggunakan soalan ramalan dan soalan tahun-tahun lepas bagi membiasakan dengan bentuk soalan dan anggaran masa menjawab soalan.

Isnin, 19 September 2011

Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Sekolah Menengah Vokasional (SMV)/ Kolej Vokasional 2012


Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Sekolah Menengah Vokasional (SMV)/ Kolej Vokasional 2012

Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 dan berminat menyambung belajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2012 bolehlah membuat permohonan sekarang.
Permohonan SMT SMV
Pendidikan teknikal dan vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pelajaran menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.
Kementerian Pelajaran juga dalam proses menukarkan status Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional secara berperingkat-peringkat sebagai sebahagian usaha memantapkan lagi sistem pendidikan negara serta menghapuskan stigma bahawa pengajian vokasional adalah untuk pelajar yang tidak dapat menguasai bidang akademik. Perubahan nama itu akan melibatkan pindaan Akta Pendidikan serta rombakan kursus-kursus teknikal dan vokasional, dengan pelajar yang dikeluarkan tidak terbatas di peringkat sijil kemahiran tetapi merupakan lulusan setaraf diploma atau diploma lanjutan.

Aliran

Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional Kementerian Pelajaran menawarkan 3 aliran dan 1 kolej;
  • Aliran Teknikal
  • Aliran Vokasional
  • Aliran Kemahiran
  • Kolej Vokasional

Aliran Teknikal

Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.
Aliran teknikal menyediakan 6 pakej kursus iaitu Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Perdagangan, Sains Pertanian dan AgroTeknologi.

Aliran Vokasional

Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorakvocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.
Aliran vokasional menyediakan 17 pakej kursus iaitu Automotif, Penyejukan dan Penyamanan Udara, Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan, Elektrik dan Elektronik, Pengurusan Perniagaan, Fesyen, Katering, Seni Kecantikan, Perkhidmatan dan Perkembangan Kanak-kanak, Bakeri, Pelancongan, Hortikultur Hiasan dan Lanskap, Teknologi Tanaman, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan dan Pengaturcaraan Komputer.
Aliran Kemahiran & Kolej Vokasional
Aliran kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.
Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.
Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada murid aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan murid mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti murid. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang murid mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.
Aliran kemahiran menyediakan 20 pakej kursus iaitu Pemesinan, Jurukimpal, Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal, Juruteknik Automotif, Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara, Pembuat Perabot, Jurubina Bangunan, Jurubina Bangunan (Asas Kayu), Jurukerja Paip, Pelukis Pelan Senibina, Timber Processing and Finishing, Juruteknik Elektrik, Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan, Demi Chef, Pembuat Pakaian Wanita, Pendandan Rambut, Jurukecantikan, Juruteknik Akuakultur, Juruteknik Ladang Pertanian dan Jurupemprosesan Makanan.
Kolej Vokasional pula menyediakan 14 pakej kursus iaitu Pemesinan Industri, Teknologi Kimpalan, Teknologi Automotif, Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Teknologi Elektrik, Seni Kulinari, Kosmetologi, Fesyen dan Membuat Pakaian, Hortikultur Hiasan, Landskap, Mekanisasi Agro, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan Ruminan dan Agroindustri Ternakan Poltri

Syarat Umum

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon hendaklah:
    • Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011.
    • Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011.
  • Kesihatan diri pemohon:
    • Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
    • Bebas dari penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
  • Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.

Syarat Khusus

  • Aliran Teknikal – Minimum B semua 8 mata pelajaran dalam peperiksaan PMR
  • Aliran Vokasional – Pencapaian sederhana dalam peperiksaan percubaan PMR
  • Aliran Kemahiran – Pencapaian rendah dalam peperiksaan percubaan PMR
  • Kolej Vokasional – Pencapaian baik dalam peperiksaan percubaan PMR

Permohonan

Temuduga

  • Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga di SMT/SMV yang berkenaan.
  • Pemohon diminta hadir temuduga dengan berpakaian lengkap sekolah. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, keputusan peperiksaan  percubaan PMR 2011 yang telah disahkan oleh pihak sekolah pemohon dan sijil-sijil berkaitan.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional 2012 adalah pada 19 Disember 2011.

Rayuan Kemasukan

Bagi permohonan yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan terus melalui online atau terus ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Vokasional (SMV) atau Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang berkenaan.

Maklumat

Permohonan Kemasukan Putera Baru Ke Maktab Tentera DiRaja (MTD)


Permohonan Kemasukan Putera Baru Ke Maktab Tentera DiRaja (MTD) Tingkatan 4 2012 sudah dibuka sekarang kepada pelajar lelaki warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan PMR 2011. Permohonan boleh dibuat berdasarkan Peperiksaan Percubaan PMR 2011.
Sejarah kecemerlangan seorang Putera MTD bermula sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki di bumi MTD. Kehidupan yang dilalui oleh setiap putera dipenuhi dengan kitaran hidup yang berjadual dan displin yang mantap serta penuh dengan budaya hidup ala ketenteraan.
Permohonan MTD
Yang junior diajar oleh senior cara menyesuaikan diri dengan kehidupan di MTD sambil dipantau oleh jurulatih-jurulatih dari berbagai kepakaran dalam perkhidmatan ATM. Segala aktiviti yang dilakukan bersama untuk menerap nilai kerjasama dalam kumpulan dan semangat setia kawan bagi memastikan matlamat utama pernubuhan MTD tercapai iaitu melahirkan bakal-bakal pemimpin masa hadapan.

Syarat Am

  • Pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2011.
  • Warganegara Malaysia.

Syarat Fizikal

  • Jantina – Lelaki.
  • Tinggi minimum – 152 sm.
  • Berat minimum – 40.5 kg.
  • Body Mass Index (BMI) – 18 sehingga 27.
  • Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas).
  • Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
  • Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti ketenteraan dan lasak.

Syarat Akademik

  • Memperolehi sekurang-kurangnya 4A (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggerís, Matematik dan Sains) 2B di dalam peperiksaan Percubaan PMR 2011 dan berpotensi cemerlang dalam peperiksaan sebenar PMR 2011 nanti.
  • Pelajar yang aktif dalam sukan, kelab, persatuan dan unit beruniform akan diberi keutamaan.
  • Perlu menduduki Ujian Khas MTD sebagai prasyarat Kemasukan ke Tingkatan 4 di Maktab Tentera DiRaja.

Temuduga MTD

  • Pelajar yang mendapat keputusan markah yang cemerlang dalam Ujian Khas MTD akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Temuduga MTD.
  • Pelajar yang berjaya dalam Temuduga MTD akan ditawarkan pengajian bagi Tingkatan 4 di MTD tahun 2012 dengan syarat keputusan PMR sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains).

Ujian Khas MTD (UKMTD)

Ujian khas MTD terdiri dari perkara seperti berikut:
  • Ujian Fizikal – Wajib lulus pemeriksaan kesihatan dahulu
  • Ujian Akademik = 50%
    • Keputusan Percubaan PMR – 40 markah
    • Ujian IQ – 40 markah
  • Ujian Fizikal = 30%
    • Ujian Fizikal – 30 markah
    • Penilaian Sukan – 10 markah
    • Penilaian Kepimpinan – 10 markah
  • Temuduga = 20%
    • Personaliti – 10 markah
    • Komunikasi 10 markah
    • Pengetahuan – 10 markah

Permohonan

  • Pemohon boleh memuat-turun dengan mengunakan IE borang permohonan kemasukan (BAT B 115 (Pin 3/03) atau mengambil sendiri dengan datang ke alamat di bawah.
  • Pemohon boleh juga memohon borang permohanan melalui pos dengan menyertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:
    • Sel Pemilihan,
      Pusat Pengurusan Maklumat,
      Maktab Tentera Diraja,
      Kem Sungai Besi,
      57000 Kuala Lumpur.
  • Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Ujian Khas MTD dijalankan selepas tapisan permohonan dibuat.
  • Borang permohanan BAT B 115 (Pin 3/03) yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke MTD Tingkatan 4 2012 ditutup pada 30 September 2011.
  • Borang permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
  • Sekiranya tiada jawapan sehingga 30 Januari 2012, permohonan dianggap tidak berjaya.

Maklumat

  • Sila rujuk laman web Maktab Tentera DiRaja untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MTD 2010 dan 2011sebagai panduan.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaaan sila hubungi Sel Pemilihan MTD di talian 03 9086 7470 atau 03 9086 7471.

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2012


Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2012

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia memaklumkan bahawa permohonan secara online kemasukan murid keSekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2012 akan dibuka pada 1 Septembersehingga 15 Oktober 2011.
Sementara menunggu permohonan untuk tahun 2012 dibuka dan sebagai panduan awal sila rujuk;
Jika setelah merujuk kepada pautan di atas dan masih mempunyai pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian telefon 03-83217400 atau faks 03-83217403.

Ahad, 18 September 2011

Jadual PMR


4/10/2011
Bahasa Melayu Kertas 1 (8.10 – 9.10am)
Bahasa Melayu Kertas 2 (9.50 – 11.50am)
Pendidikan Islam Kertas 1 (2.30 – 4.30pm)
5/10/2011
Bahasa Inggeris Kertas 1 (8.10 – 9.10am)
Bahasa Inggeris Kertas 2 (9.50 – 11.20am)
Geografi Kertas 1 (2.30 – 3.45pm)
6/10/2011
Science Kertas 1 (8.10 – 9.10)
Science Kertas 2 (10.30 – 12.00pm)
Sejarah Kertas 1 (2.30 – 3.45pm)
10/10/2011
Mathematics Kertas 1 (8.10 – 9.45am)
Mathematics Kertas 2 (10.40 – 12.25pm)
Kemahiran Hidup Bersepadu (2.20 – 3.50pm)

PENDIDIKAN SEKS MALAYSIA


Halangan

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng menyatakan guru-guru di Malaysia masih belum bersedia untuk mengendalikan pendidikan seks di sekolah kerana mereka kurang latihan profesional .
Malaysia adalah sebuah negara dengan pelbagai bangsa, agama dan budaya dengan setiap etnik mempunyai tanggapan berbeza tentang seks dan pendidikan seks. guru mungkin akan disaman oleh ibu bapa jika melakukan kesilapan dalam menyampaikan pengetahuan seks kepada murid-murid. Setakat ini, guru tidak mendapat latihan formal dari segi kerumitan dan sensitiviti subjek itu dan tidak yakin untuk mengajarnya.
Ibu bapa bimbang anak-anak mereka diajar tentang penggunaan kondom bagi mencegah kehamilan.Pil pencegah kehamilan mudah dibeli di farmasi dan pasar raya. Kegiatan pelacuran, seks bebas, GRO dan lain-lain akan membiak.
Gambar perlakuan seks mungkin ditayangkan sedangkan Malaysia masih mempunyai adap budaya Timur yang tidak mengizinkannya. Gambar lucah merupakan 'taboo' dalam masyarakat kampung .
Ibu bapa beranggapan selama ini mereka tahu sendiri tentang persetubuhan dan bagaimana melakukannya selepas kahwin, tanpa perlu diajar. Bagi mereka, pendedahan seks terlalu awal hanya akan menggalakkan hubungan luar nikah. Apa yang ibu bapa enggan akui ialah anak mereka telah melayari Internet di rumah. Internettelefon bimbit dan CD video lucah yang berlambak di pasar malam telah mencemari gadis sunti dan anak teruna mereka.
Pendidikan seks di Barat masih gagal membendung perlakuan seks bebas. Kajian menunjukkan remaja di Barat semakin cepat melakukan persetubuhan .

Pendidikan seks di Malaysia


Kebaikan

Ramai pakar pendidikan merasakan pendidikan seks penting kerana ilmu pengetahuan lebih penting dari segala-galanya. Lebih baik tahu dan diajar secara formal daripada mendapat ilmu itu secara sorok-sorok. Sukatan Pendidikan seks tentunya terkawal dan diharap menepati matlamat pendidikan di Malaysia.
Kononnya pendidikan seks dapat menyelesaikan masalah buang anakberzina, kasih sayang, HIV , AIDS dan sebagainya.
Pelajar sekarang terdedah kepada video lucah dalam telefon bimbit dan dikongsi bersama pelajar-pelajar lain di dalam kelas. Naluri remaja sentiasa mencari bahan lucah dan ingin mengetahui dan mencubanya. Mereka merakam aksi lucah sesama sendiri di rumah kosong dan berkongsi pengalaman dengan rakan sebaya. Mereka berasa bangga kerana telah mencubanya dan dianggap telah dewasa.

UJIAN AWAM KEBANGSAAN


Ujian awam kebangsaan

Terdapat empat ujian awam kebangsaan:

JENIS SEKOLAH DI MALAYSIA


Sekolah Kebangsaan

Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Sekolah Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah.

[sunting]Sekolah Kluster

Sekolah kluster satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

[sunting]Sekolah Jenis Kebangsaan

Bahasa Cina atau Bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar. Sekolah Jenis Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah. Dari tahun 1995 hingga 2000, pengagihan Rancangan Malaysia Ketujuh membahagikan 96.5% kepada Sekolah Kebangsaan yang hanya mempunyai 75% daripada pelajar sekolah rendah. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (21% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 2.4% daripada pengagihan manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (3.6% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 1% daripada pengagihan.

[sunting]Sekolah Wawasan

Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara kaum. Akan tetapi, kebanyakan orang Cina dan orang India membantah Sekolah Wawasan kerana mereka percaya bahawa Sekolah Wawasan akan mengehadkan penggunaan bahasa ibunda di sekolah.

[sunting]Sekolah Agama Islam

Sekolah pondokmadrasah dan sekolah agama Islam lain merupakan bentuk sekolah asal di Malaysia. Sekolah-sekolah sedemikian masih wujud di Malaysia tetapi bukan sebahagian daripada pelajaran kanak-kanak di kawasan bandar. Pelajar di kawasan luar bandar masih belajar di sekolah-sekolah ini. Oleh sebab keputusan pelajaran di sekolah-sekolah ini tidak diterima oleh kebanyakan universiti di Malaysia, kebanyakan pelajar ini perlu melanjutkan pelajaran ke kawasan seperti Pakistan atau Mesir.

[sunting]Sekolah Mubaligh

Terdapat juga sekolah mubaligh Kristian.[2]

[sunting]Sekolah Bestari

Sekolah bestari cuba menerapkan komputer dan teknologi dalam kaedah pembelajaran.

[sunting]Sekolah Teknik dan Vokasional

Sekolah Menengah Teknik dan vokasional memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri Negara. Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional atau profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.

[sunting]Sekolah Berasrama Penuh

Sekolah berasrama penuh (SBP) serta Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sekolah menengah perdana yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PMR.