Ahad, 18 September 2011

SELAMAT DATANG KE RAMALAN PMR

Bersempena dengan demam peperiksaan yang hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi ,sHAZMEER ingin membuat satu review sebuah BLOG ramalan pmr 2011.Kebiasaannya anak-anak kita menunggu selama sebulan, 3 minggu, 2 minggu, atau seminggu sebelum sesuatu peperiksaan berlansung untuk bersedia? Mengapa kita tidak bermula dari sekarang? Adakah kita boleh mengingati semua perkara dalam masa yang singkat? Sudah tentu tidak. Ambil satu analogi yang merupakan realiti. Macam mana seseorang boleh dengan mudahnya menghafal sesuatu lagu? Caranya mudah, jadikan mendengar lagu tersebut sebagai kebiasaan, untuk kuatkan lagi ingatan, kita berikan panduan dalam bentuk lirik. Ulanglah dalam tiga ke lima kali, kita akan boleh menghafal lagu tersebut dengan mudah, betul? Masih belum terlambat untuk kita mengubah corak dan stail pendidikan anak-anak kita. Ada bermacam buku rujukan yang boleh kita jadikan alternatif untuk anak-anak kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan